Promo Pakej Percutian ke Bali
ulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau seribu kuil memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pulau Bali amat sesuai sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana pulau ini amat sangat diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama ke Pulau Bali.
Pulau Bali terletak di dalam negeri Indonesia. Ia merupakan pusat pelancongan utama di Indonesia yang sudah dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Ada banyak perkelahan utama di pulau Bali iaitu Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa, dan Lovina. Semua perkelahan itu menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet yang bercirikan seni bina Bali eksotik serta modern. Pelbagai pilihan penginapan disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar (hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan).
Anda boleh pusing-pusing untuk melawat tempat-tempat menarik di pulau Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu, Ubud, Jimbaran dan lain-lain. Sambil itu anda juga boleh singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawati dan lain-lain.
Dalam laman Bali Pakej ini terhimpun maklumat yang mungkin anda perlukan, kerana matlamat kami ialah memberi panduan kepada anda untuk mengenali Pulau Bali sebelum anda ke Bali. Di samping itu kami turut menawarkan khidmat menempatkan anda di resort yang anda pilih termasuk pakej percutian, (individu, pasangan, keluarga & kumpulan), pakej kumpulan, pakej hari keluarga (insentif), pakej melancong dan pakej aktiviti/advencer.
Dikirim oleh :
Website : Promo Pakej Percutian ke Bali
Leave a Reply